Friday, 24 January 2014

Maksud disebalik nama

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris tuition yang bermaksud "pengajaran".

Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran.

Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.
Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah,peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.

Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, di mana pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik

Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk. Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis.
  • Tuisyen Kelas
    Tuisyen Kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk "kelas", yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen
  • Tuisyen Kumpulan Kecil
    Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.
  • Tuisyen Individu
    Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar

No comments:

Post a Comment